Tanggungjawab sosial korporat Tenaga_Nasional_Berhad

TNB telah mengambil peranan 'Penggerak Kemajuan Negara' dan ini merupakan teras dasar tanggungjawab korporat Syarikat [CR]. Bagaimanapun, CR di TNB melangkaui misi terasnya. Peranan penting Tenaga Nasional dalam aktiviti CSR termasuk memperkasakan komuniti, menghijaukan Negara, memupuk tempat kerja yang bersemangat serta menetapkan piawaian di pasaran.[88]

Sebagai sebahagian daripada aktiviti CSR syarikat, Tenaga Nasional mengadakan program penanaman 660 pokok berdekatan Taman Cahaya Negeri di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 12 November 2016 sebagai usaha bagi memelihara alam sekitar.[89]

Pada Julai 2018, TNB terlibat dalam projek memulihara habi­tat dan kepelbagaian kelip-kelip.[90] Projek itu dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Research Sdn. Bhd. (TNB Research) untuk tempoh tiga tahun sejak Mei 2017. Ia melibatkan ka­jian menyeluruh me­­ngenai serangga yang menarik minat ramai itu terutamanya para pelancong di empat lokasi utama iaitu Kampung Su­ngai Timun dekat sini, Kampung Kuantan, Kuala Selangor; Kampung Yak Yah di Kemaman, Terengganu dan Kampung Dew di Tai­ping, Perak.[91]

Rujukan

WikiPedia: Tenaga_Nasional_Berhad http://www.alacrastore.com/company-snapshot/Tenaga... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.kinibiz.com/story/corporate/130879/a-gl... http://www.mhccompetitions.com/mhl/index.php?kod=T... http://travel-to-malaysia.com/spirit-of-merdeka-ma... http://travel-to-malaysia.com/the-national-electri... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=805... http://www.dailyexpress.com.my/news/132245/tnb-pub...